▲ Captain Erin ▲ ![]() ▲ Aya Sofia Towers ▲ ![]()
| SALAM NUZUL QURAN
Awak-awak semua , hari ini hari isnin kan dan hari ini kita cuti kan? Tau tak kenapa? *tak kan tak tahu* Hari Ni kan 'Nuzul Quran' Masya'allah tak kan tak tahu :3 Okay, disini saya dan keluarga ingin mengucapkan Salam Nuzul Quran kepada semua yang beragama Islam. Buat pengetahuan semua peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira ,bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. Oay, tu je untuk entry kali ini ..
|